BUKA PINTU PERPUSTAKAAN

BUKA PINTU PERPUSTAKAAN
Pengarah Perpustakaan Desa Encik Jumaat bin Dakir mengarahkan petugas buka pintu pagar bukan suruh pecah pintu pagar

Wednesday, July 28, 2010

Tepung gandum dan persahabatn

Petang ni bangkit dari tidur petang jam 5.10 ptg aku mandi dan solat asar. Ambil angin petang , rutin ku menonton permainan futsal remaja di sebelah rumahku kira2 30 orang remaja bermain dan bersantai di tepian gelangang sambil menghabiskan waktu sengangnya.

Sambil tu aku berborak dengan selamet abang halim , sambil tu aku minta tolong belikan keladi untuk hari buka ku esok petang dari paknya ngadiran. Hee.. aku terjumpa tumiri minta tolong dia belikan tepong gandum untuk mengoreng keladi yang dah sediada. Tumiri ni sahabat aku lama masa kecil-kecil dulu dia tinggal depan rumahku masa tu, bila dia dah berkeluarga dia buat rumah di bukit jalan belakang.

Lepas tu anak buahku Hafiss dan shafee minta aku poskan surat permohonan dia untuk masuk kolej RISDA. Aku bantu mana yang terbaik mungkin supaya mereka ni di anugerahkan kejayaan hendaknya. Impianku adalah agar mereka menamatkan kursus dengan jayanya dan akhirnya berkerjaya dan boleh menampung diri dan keluarganya bila di berumahtangga kelak.

Apa yang menyebakan aku tertarik untuk membantu mereka adalah budi bahasa dan kesungguhan mereka untuk memajukan diri sendiri walaupun ha ho haho bermain futsal tetapi tetap mencari peluang untuk berjaya dalam hidup. Inilah yang aku maksudkan perjuangan hidup adalah di tentukan oleh diri sendiri beliau berdua adalah antara remaja yang berwawasan , tahniah. Insallah 2 tahun lagi kamu akan aku bantu menjadi manusia yang berjaya kelak.

Sebelah petang amak aku minta tolong hantar ke kelinik Moktar Yong peng tetapi malangnya dah petang kelinik tutup. Aku ke simpang markas srs bertemu rakan ajk ku yang ada di sana Jumaat , tumiri , jihan ,yazid, dan azlan budak baru pindah buat pasang pemanis pada bumbung. sambil berborak kami merangcang untuk mendaftarkan srs di jabatan perpaduan Batu Pahat.

Hari ni dah 16 saaban 1431 H aku balik awal untuk berbuka puasa sunatku. Lepas berbuka aku dan anakku berberbual kesah mereka sepanjang hari di sekolah. ada jelah cerita mereka yang [perlu kita ambil perhatian sama. Lepas magrib kami bergerak ke Yong Peng ambil ubat di klinik moktar dan kebetulan doktor juga tiada, lepas tu kami mengeteh di warung gerak depan bank Rakyat dan sambung berborak 3 beranak sambil menikmati suasana malam.

Balik hantar ubat pada makku, lepas tu aku menyambung menonton futsal kini pemain dari Pekan Pt Yaani memang seronok suasan kehidupanku di hiasai dengan keindaham manusia menefaatkan kemudahan dan peluang yanga aku sediakan.

Apa pun aku bersukur pada allah semoga rezeki ku dan anak buah di bawah naunganku melempah ruah dan akan ku salurkan kepad mereka semula semoga mereka bergembira selalu...

Amin jumpa lagi......

No comments:

Post a Comment