BUKA PINTU PERPUSTAKAAN

BUKA PINTU PERPUSTAKAAN
Pengarah Perpustakaan Desa Encik Jumaat bin Dakir mengarahkan petugas buka pintu pagar bukan suruh pecah pintu pagar

Tuesday, July 27, 2010

Jabatan Perhilitan daerah Keluang Johor.

Petang semalam 27hb jam 6.00 ptg pegawai dari jabatan Perhilitan memasang perangkap kera di kg ku Pt Senah atas aduan yang telah di laporkan terdahulu.

Ajk ku Jumaat Dakir dan Ramlan Karman membantu sama. lepas tu aku bawa saudara Nang minum petang di kedai mee rebus Rostam di Pt yop. Semua berjalan lancar .

Hari ni 28hb Julai 2010. aku kena menghadiri mesyuarat penuh Jun 2010 di Pejabat Majlis Perbandaran Batu Pahat mewakli ketua jabatanku. Apa yang bagusnya dan bagi ku mesyuarat seperti ni selain kerana tangungjawab dengan jabatanku adalah dapat mengenali dan bergaul dengan semua pembesar-pembesar dan pentadbir daerah di daerah Batu Pahat dari Pegawai daerahnya sehinggalah Ketua Polis daerah .. hee aku ni pun dapat lah layanan VIP juga jadi aku merasa apa sahaja yang ditawarkan kepada pembesar daerah kerana setatusku mewakili jabatan ku... sukur alhamdullilah kerana allah mendorongkan aku kearah itu..


namun segala pengalaman yang aku cedok aku aplikasikan dalam pentadbiran di JKKK kag ku dan kepimpinanku dalam Perpustakaan desa dan sebagainya... Oklah jam dah 10.15 pagi aku kena siap-siap nak ke tempat mesyuarat kena siap2 juga pakai songkok , tali leher nak match juga , baju koat aku nak pilih yang sesuai juga , buku mesyuarat dan fail kerani belum hantar lagi, oklah ya nanti ada masa aku rekod lagi.... Bye......

1 comment:

  1. Kami dari Kampung Hj Nor, Simpang Renggam diganggu kera beberapa tahun ni. Harap boleh membantu menangkap kera di daearah kami. Apa kah langkah yang patut kami ambil? Pihak berkuasa yang mana yang patut kami hubungi? Tolong email saya jasman.ramlah@adlittle.com atau terus hubungi hp saya 0193540972.

    ReplyDelete