BUKA PINTU PERPUSTAKAAN

BUKA PINTU PERPUSTAKAAN
Pengarah Perpustakaan Desa Encik Jumaat bin Dakir mengarahkan petugas buka pintu pagar bukan suruh pecah pintu pagar

Sunday, July 18, 2010

REWANG DI RUMAH SAHABATKU JUMMAT DAKIR.

Hari ni aku bangun awal, niat aku nak pergi rewang kenduri di rumah sahabatku Jumaat . Beliau akan mengadakan kenduru mengirim arwah kedua ibubapanya Lek Dakir dan Lek Marsinah.

Dah lama sanngat lebih 20an tahun aku tak menjengah rumah pusaka tersebut. Banyak kenangan ku semasa kanak-kanak dan remaja aku habiskan di rumah tu. Dulu sahabat baikku adalah Sharif anak lek Dakir yang ke berapa aku tak ingat. Tapi pagi tu banyak nostalgia lama kembali menyelinap dalam hidupku.

Masa yang kau ingat sangat-sangat adalah ramainya anak lek Dakir ni ramai yang berbakat bermain muzik. Seinggat akulah setiap malam tertentu mereka akan bermainan muzik kugiran di anjung rumahnya. Lagu yang selalu dimainkan adalah lagu-lagu 60an.

Masa tu yang aku ingat main gitar adalah Saneff Masa tu macam M shariff gayanya. Shariff main seruling. Suib menyannyi. Kini tinggal kenangan belaka semua dan berkeluarga dan ada yang dah bercucu.

Nama-nama anak-anak Lek Dakir yang aku ingat adalah antaranya:-

Juri- dah meninggal dunia.
Turah nama suaminya Subuh.
Edah namasuaminya Mansur.
Niah suaminya Jaafar.
Suib istrinya Hadiah.
Shariff tak tau nama istrinya anaknya polis di Sabah.
Sabariah suaminya musa.
Jumaat dan salina duduk rumah pusaka ayahbondanya.
Siti suaminya Yunus.

Dulu aku memang rapat dengan mereka paling seronok masa mereka masih bujang dan anakdara tak kesah berbual dan bergurau bila waktu pagi petang dan malam. Masa tu mana ada kemudahan maltimidia seperti sekarang. Paling seronok bila nak puasa ramadan masing-masing ada pengalaman tersendiri. Hahhh...... indahnya masa tu .... Yaa robii..... kalau lah masa boleh di undurkan kebelakang 40 tahun pasti raya seakan...kan..

Oklah hari dan lanjut sangat... ehhh aku lupa nak cerita rewang tadi...

Di rumah jumaat aku tolong goreng ayammm.... sehingga siap...
Malam aku kenduru pergi lewat sikit sebab tunggu anak angkatku dari maktab IPTO si Ameer Wardi dan kawanya Hafiss semua dari Kedah..

Terima kasih Jumaat kerana sudi menjemput aku rewang dan kenduru di rumah kamu...... Sekian salam hormat dan salam kemapunan dari ku... Semoga bahagia di dunia dan di-akhirat...... Aminnnn.............

No comments:

Post a Comment