BUKA PINTU PERPUSTAKAAN

BUKA PINTU PERPUSTAKAAN
Pengarah Perpustakaan Desa Encik Jumaat bin Dakir mengarahkan petugas buka pintu pagar bukan suruh pecah pintu pagar

Wednesday, July 7, 2010

JAWATANKUASA DAN AHLI-AHLI - JKKK & PERPUSTAKAAN DESA PT SENAH KE KKLW PUTRAJAYA

Pada 15hb Julai 2010 . Hari Selasa. Jam 5.00 pagi. Seramai 44 orang ahli-ahli pustakawan dan ajk JKKK dan Perpustakaan Desa ke Puterajaya.Menaiki bas Sikun Jaya.
Keseronokan rombongan bersama rakan-rakan amat terasa apabila bas mula bergerak.Dalam perjalanan aku mengambil kesempatan untuk berbual dengan lebih mesera, khasnya kepada ajk perpustakaan desa yang sering berkunjung di mana pagi tu dia membawa suami atau isteri masing2. Dalam perjalanan hati masing 2 sangat teruja pagi tu.
Jam 6.15 pagi kami berhenti untuk solat subuh di hentian jejantas Air Keroh Melaka.Selepas solat subuh ,masing-masing maencari air panas untuk membashkan tekak. Sebahagian kaum ibu aku belanja air kopi panas khasnya warga emas di KFC.
Jam 7.30 pagi bergerak ke Putrajaya sampai jam 8.15.pagi kami meronda-ronda dalam kawasan masjid dan di selera putra. Aku bersama sahabatku Jumaat minum teh tarik dan roti kosong sambil berborak urusan kampung dimasa akan datang dan hal2 kampung yang lalu.

Jam 10.00 pagi aku dan rombongan bergerak ke kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Di sana kami di sambut kelass taraf vip oleh pegawai KKLW di ketuai oleh Encik Lokman dan pegawai KKLW termasuk Pengarah RISDA KKLW.Kami di beri taklimat di tingkat 8 mengenai permohonan projek kecil kampung yang di pohon olehku untuk anak buah kampung Pt Senah dan Pt Yaani. Diantara permohonan yang telah berjaya dan akan di laksanakan pada akhir tahun 2010 antaranya seperti berikut:
  1. Pelebaran Lorong Zarith dari Masjid ke Pt Senah Pt Wahab.
  2. Menyelenggara balai raya Pt Senah.
  3. Membina rumah mesera rakyat encik Jumaat Dakir oleh RISDA.
  4. Membaharui permohonan GDW KKLW KEMAS @ RISDA.

Ini adalah pengalaman berharga untuk rombongan yang ikut sama . Hanya mereka yang ingin maju sangup berkorban wang ringgit dan masa menimba ilmu dalam lawatan santai. Tahniah.

Selepas itu kami di jamu jamuan VIP . Oh... sangat istemewa mereka terharu di atas layanan KKLW.

Disamping itu pegawai Box Internet cik Suzana membuat temubual ajk perpustakaan untuk di masukkan dalam laman sawang baru kami.

Selepas zuhur kami bergerak ke Kuala Lumpur, singgah di Muzium Negara. Cadangan nak ke TAR Jalan Masjid India. Tetapi pemandu bas Sikun Jaya bernama Deen langsung tidak memberi kerjasama dengan pelbagai alasan tidak mahu ke situ. Allah saja yang balas keangkuhan kamu itu kerana 44 orang kamu hampakan.Dunia balas dunia. Dia arahkan kami ke Nilai 3 sahaja. Selepas solat magrib kami balik ke kampung. Sampai jam 10.00 malam.

Jam 10.30 malam aku ke Muar ambil anak dan isteriku. Jam 1.30 pagi sampai rumah. Terus tidur...

Apa pun sukur aku pada Allah kerana berjaya mengendalikan pogram lawatan.

Jumpa lagi........

No comments:

Post a Comment