BUKA PINTU PERPUSTAKAAN

BUKA PINTU PERPUSTAKAAN
Pengarah Perpustakaan Desa Encik Jumaat bin Dakir mengarahkan petugas buka pintu pagar bukan suruh pecah pintu pagar

Monday, July 26, 2010

Malam Nisfu Saaban 1431H dan SRS Pt Senah 2010.

Hari 26hb aku di maklumkan oleh sahabatku Jumaat dakir untuk hadir ke surau kerana malam nisfu saaban jatuh pada hari Isnin bukan seperti yang dimaklumkan terdahulu iaitu malam selasa.
Alhamdullilah ramai pula yang hadir malam tu boleh dikatakan semua ajk ku hadir sama penuh surau Pt Senah. Jamuan malam tu tidaklah di sediakan oleh ajk seperti biasa. Sebaliknya di sediakan oleh setiap rumah jadi bebas dan pelbagai makanan ada. Aku dengan Jumaat makan keladi rebus di urap kelapa, makanan yang aku tinggalkan kira2 35 tahun dulu semasa aku kecil dan makan murih bila bulan puasa masa tu. Dengan besen2 sekali kami menghadap ramai2. Seronok pula berbual dan bercelotih kesah lampau, tak pandang pun kuih2 moden jenerasi sekarang adalah jamah mana yang patut, itu ja.

Keseronokan makan ramai2 di surau ni bukan apa , keletah kami makan pakai dulang besar di kepung ramai2, tarik menarik lauk, dengki mendengki dalam gurau sambil makan, ketawa berdekah sambil makan hilang protokol kami. Rakanku yang sama2 berada makan sama antaranya Tumiri, Rahim , Mahat , Hajit , Jihan , dan ramai lagi... Huh...best gila.....

Siap makan kami berkemas sambil bergurau lagi ada ja gurauan kami... Heee... sampai 2 biji gelas malam tu pecah sebab terlebih gurau... apa pun jika dah berlaku kami caverr lain salahkan kucing yang langgar gelasss..... eleh biasalah tu.... nanti kalau kurang gerabah kita orang juga yang akan keluarkan takyinan untuk beli yang baru.... tak da hal punyalah......

Balik dari surau kami menyambung tugasan SRS kebetulan giliran aku malam tu... sahabatku yang hadir dan tetap adalah Rosli Suratmin , Mahat Kassim , Yazid Rustam , tambah lah pula saudara nang yang suka menghiburkan kami dengan kelakar selamba dek nya... tak terasa berlarutan sampai jam 6.15pagi sampai orang rumahku calling persiapan untuk ke sekolah... Kami ketawa berdekah kerana dah kena saund untuk balik...

Apa pun aku bersukur keakraban dan ukwah kami dalam berjiran sangat mesera semoga berkekalan dan teru menjadi kenanggan........

Wasalam ikhlas dari ku.....................JUmpa lagi........

No comments:

Post a Comment