BUKA PINTU PERPUSTAKAAN

BUKA PINTU PERPUSTAKAAN
Pengarah Perpustakaan Desa Encik Jumaat bin Dakir mengarahkan petugas buka pintu pagar bukan suruh pecah pintu pagar

Sunday, August 29, 2010

MERIAHNYA LAMPU PELITA RAYA

Ramadan dah berlalu lebih dua minggu hari ni 30.8.2010 bersamaan 20 Ramdahan 1431H aku dah mengarahkan anak-anak buah kampungku memasang lampu pelita untuk menambahkan keceriaan malam-malam ramadhan. Aku bermodalkan minyak dan pelita RM 0.39 sen yang aku borong di BP Mall untuk mereka pasang dari awal.

Sepanjang malam memang ceria dan meriah apatah lagi lagu raya aku pasang di kereta kancilku sehingga bateri lemak.. Hee... anakku yang pasang pagi-pagi dia nak setat ke sekolah kereta tak hidup aku senyum ja... biar dia akan jadi kenangan bila dia dewasa kelak penangan pasang lagu raya....

Malam semalam sahabatku Jumaat dan isterinya hadir kerumahku komplen kenapa kawasan rumahku dan bahagian sempang ni lebih meriah....Apa tah lagi jiran baruku Puan Yusnita menerima tetamu dari Singgapura dan pasang lampu kelip-kelip.. Bertambah meriah suasana raya...

Kanak-kanak pula di ketuai oleh Mamat iaitu Mohd Azrul Aiman bin Rusli bermain bola dan berlari bermain mercun bersama rakan-rakannya si Parhan dan Haikal berlari riang di rumahku.. Ini semua untuk kenagan mereka bila diwasa kelak. aku doakan apabila mereka berjaya kelak akan terkenag kan kampung halaman dan zaman kanak-kanak mereka di halaman rumahku.

Selamat Hari Raya.... Aidil Fitri Maaf Zahir Batin dari ku untuk semua pembaca....

Sunday, August 22, 2010

BERBUKA PUASA BERSAMA KOMUNITI DESA

Hari sabtu yang lalu ajk perpustakaan desa ku mengadakan majlis berbuka puasa bersama masyarakat di dewan orang ramai PT senah. seramai 35 orang hadir.
Itulah nostalgia ramadan tahun ni.....termasuk lagu raya dan lagu 60an ni'''''

Saturday, August 21, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA DI PERPUSTAKAAN DESA

Hri ini 21.8.2010 ajk perpustakaan desa yang di ketuai oleh Puan Rugayah bte Hj sayuti merangkap Setiausaha menganjurkan majlis berbuka dan di sertakan sekali majlis penubuhan KRT dan srs yang di ketuai oleh En Jumaat bin Dakir.

Majlis akan di mulakan dengan taklimat rengkas dan penerangan oleh Pegawai Perpaduan Daerah Batu Pahat En ishak bin Ibrahim. Kemudian di ikuti pula majlis berbuka puasa , solat maghrib dan jamuan di edarkan . Selepas itu majlis bersurai dan berterawih di surau masing2.

Persiapan hari ini di buat oleh Puan Mutiaah bte Bardan ketua memasak di rumah beliau.. pasti sedap dan menyelerakan.
Kepada semua ajk perpustakaan dan srs seluruh kawasan di ucapkan jutaan terima kasih.

Selamat berbuka dan berhari raya.

Wednesday, August 18, 2010

PEMOTONGAN BIL ELEKTRIK

Hari ni aku kebingungan bila bekalan elektrik ke Perpustakaan Desa di potong bekalannya oleh pihak TNB.
Aku berbincang dengan sahabatku Jumaat untuk mengatasinya.
Apa pun akhirnya aku juga yang perlu selesaikan jua.
Sekian terima kasih.

Thursday, August 12, 2010

MOHON KEMAAFAN KEPADA PEMBACA BLOGGER INI JIKA ADA VIDIO BAR YANG TIDAK ELOK KERANA TIDAK SENGAJA TERMASUK DAN JIKA SESIPA BOLEH BUANG SILAKAN. TERIMA

Dalam aku memasukan you tiub lagu raya termasuk pula kelip yang tidak enak di pandang tanpa di sengajakan. Mohon jutaan kemaafan.

BERIADAH SELEPAS SUNAT TAREWEH DI SURAU

Aku datang awal ke surau hari ni , namun solat belum mula aku ke pekan PT Yaani dahuli mengeteh secawan kopi bersama Jumaat di warung Tuah. Selepas tu aku sambung ke surau dan lepas makan moreh kami pun balik.

JAM 11.30 MALAM ;

Pemain lagenda badminton negara Malaysia Sah Jihan yang kini menetap di kampungku adalah pemain terawal hadir untuk beriadah. Di ikuti pula oleh Ammer Jeli, Raight Zahurin dan Ikmal Jumaat pemain remaja yang berminat dan menonton sahaja. Tak lama kemudian datanglah Bern, Tumiri , Rosli Parno , Mahaat , Che Azmi , Jumaat dan pemain impot dari Kg Sengkuang seramai 10 orang beriadah sampai jam 2.30 pagi.

Kemudian aku ke pondok srs bersama Jumaat dan Keliwon yang bertugas pada hari ni.
Jam 3.00 aku balik dan sahur terus tidur. Riadah bersama rakan-rakan ku semasa kanak-kanak mengimbau kenangan silam terutama di malam ramadan al-mubarak. Selamat berpuasa...........................

Monday, August 9, 2010

PROFISONAL KAH ANDA DALAM KOMUNITI....

Setiap hari isnin adalaha hari aku bertugas dalam SRS di kampungku. Aku ambil keputusan tidur awal supaya tidak mengantuk. jam 1.00 pagi aku bangkit dari tidur mandi dan ke pondok srs di hujung rumahku. Sampai di sana hanyaa Jiaan sahaja yang ada. Jam 1,30 pagi Rosli Suratmin datang. Sebelum tu dan sewktu dengannya SEORANG MANUSIA lalu begitu sahaja, kata jiaan dia hoon hanya di tujukan pada dia seorang sahaja, sebab faham2 aja le. Jiaan berpendapat jadi manusia ni harus profesional apatah lagi dia sebagai mantan srs pt senah suka tak suka dengan seseorang jangan di tunjuk2kan sangat. Pelbagai pendapat yang kita bincangkan apa jua perkara termasuik yang sebentar berlaku. YANG baiknya baru berlalu anak si Haris pt Yaani budak remaja berutal bersopan ,menegur dan berbahasa bila lalu depan kita di srs.

Berbeza dengan sebahagian manusia yang berakal dan tidak allah dan tentukan di luh mahfus.


Jam 4.30 pagi aku , rosli , jiaan dan Hj md shis balik dari tugasan sukarela srs.Esok dan nak mula puasa... Yeh...Yehhh.... Jiaan dah pasang lagu raya... sahdu...katanya......

INDAHNYA DESA KU KAMPUNG HALAMAN


Keseronokan dan kegembiraan tidak dapat di nyatakan dengan kata-kata hanya ilusi mencerna jiwa. dalam ilusi desaku ...

Thursday, August 5, 2010

Berjemaah di surau sempena malam jumaat.

Hari ni khamis 5.8.2010 pagi kerja seperti biasa. Balik jam 6.00 ptg aku menghampiri sahabt2ku yang sedang bekompol di pondok srs. Kelihatan Jumaat sedang memotong rumput,seli,maat , tumiri, rahim, kodin,kasman berbual2 bersama2.

Jam 7.ptg aku kesurau berjemaah bersama2 mereka. Lepas solat yassinan dan tahlil dikuti tazkirah cara2 solat yang di perakui kaedah selepas takbir ratul ihram oleh imam Abd Salam bin Musa.

Makanan malam ni adalah keladi gorreng. Berbual seketika dengan azmi dan bang kadis masa bersantap. Jam 9.00 malam balik singgah di perpustakaan desa. Sampai rumah berehat dan terlelap sampai ke subuh..

Selamat berhari Jumaat . Hari Penghulu segala hari.

HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 54 DI SAMBUT DI ERS PARIT SENAH 2010

Dari petang kami ajk telah merancang ubtuk memasang bendera Malaysia sempena kemerdekaan Malaysia. Jadi kami sepakat untuk memasang bendera malam ni. Sambil tu kami menyiapkan kerja2 mengecat gelangang badminton. Dalam pad tu pihak polis buat operasi tangkap mat ganja di bukit. Sebahagian ajk membantu polos Zali, Izam dan Asraf. Lapurannya dapat 3 orang.

Magrib kami ke kenduri tahlil arwah Mongin 7 hari. Lepas tu kami sembang2 di balai perpustakaan. Jam 12.45 mlm kami ke pondok srs. Pian pasang bendera banting, Rosli ikat bawah , Tumiri Cacak kayu. Jeli arah pasang paku, Jiaan ikut arahan ja. Jumaat merancang mengecat jalan. Yazit datang lewat diaahkan kerja berikutnya minggu depan buat meja santai.

Jam 2.30 pagi barulah aku dan ajk balik rumah.. Itulah keseronokan berjumpa kawan 20an tahun tak jumpa dan sembang bersama-sama..... Terima kasih kawan2.....

Monday, August 2, 2010

Datin Rahmah Jurulatih Poco-Poco

Hari ni Selasa 3hb Ogos 2010 , jam 5.00 ptg kebiasaannya latihan poc0-poco akan di adkan di dewan Perpustakaan Desa Pt Senah.. Guru atau jurulatih Poc02 adalah Datin Rahmah bte Abu . Belaiu sering mengajar poc02 di merata tempat dalam Parlimen Sri Gading.

Tarikh perkenalan adalah pada Hari Raya aidil Fittri tahun lalu ketika bermarhaban di rumah beliau di Pt Yaani. Alhamdullilah kerjasama beliau dan suami serta se isi keluarganya amat baik dalam menjayakan setiap pogram perpustakaan yang dia dakan dari awal hingga akhir.

Terdahulu semasa ajk membuat pogram lawatan ke Port Dikson's belaiau sekeluarga hadir dan bermalam di rumah rehat kerajaan negeri sembilan. Nanti jika ada koleksi gambar di sana akan aku sesawangkan dalam intenit ni di masa yang akan datang.

Aduhh... perut dah mula lapar nanti aku kan sambung semula......... bye.....

Dairi harianku dia awal minggu bulan Ogos 2010.

Hari ni tanggal 2hb Ogos 2010, hari isnin aku mulakan hidupku dengan menghantar surirumahku kesekolah seperti biasa di SK Sri Gading , lepas tu aku menghantar anakku pula ke sekolah STA.

Rutinku bermula apabila sampai je di simpang Bukit Pasir tujuanku adalah ke gerai jualan akhbar Harian Sinar. Aku belek-belek tiada berita kampungku. Lepas tu aku ke pejabat dan menyemak kerja-kerja ku yang sudah dan akan di buat untuk hari ini dan sepanjang minggu ini. Semua dan sempurna dan selesa aku menjalankan tugas harian ku.

Jam 10.00 pagi terasa nak makan mee rebus Warong Dayak di Jalan Pantai , aku batalkan niat puasaku. Di sana jumpa semua sahabat-sahabat dari pelbagai jabatan, layaan je..

Sebelum tu aku menghantar gambar untuk di buat cd di kedai fuji jalan Rahmat. RM 5.00 nak masuk ke bloog mudah sikit. Kemudian aku balik semula ke pejabat sambung kerja-kerjaku. Jam 1.30 petang ambil anak sekolah dan begitu seterusnya. Masuk semula ke pejabat balik jam 5.05 petang.

Lepas ni aku ke Muar sekejap ambil barang , jam 7.00 ptg cadang nak kenduri tahlil rumah allhyarham Mongin bin Dasuki. Yang pasti malam ni aku dutty srs. Aku sambung ceritaku kemudian bila sampai waktunya....


Selamat berpuasa, rasa-rasalah suasana nak berpuasa ya....Paling best dengar lagu-lagu raya lama-lama ada budak2 dah pasang lagu tu.. heee sedap juga....sahdunya raya......

Sunday, August 1, 2010

MENGECAT GELANGANG BADMINTON JKKKK PT SENAH DAN PERPUSTAKAAN DESA PT SENAH 2010

Seharian aku dan ajk JKKK dan ajk Perpustakaan desa mengerjakan gelangang badminton dewan terbuka pt senah untuk di bentuk gelangang yang baru dan kemas. Bermula jam 9.30 pagi kerja -kerja menanda semula garisan gelangang di mulakan aku dan jiaan , permulaan kami menampal selortape untu memudah kan membuat garisan dengan mengecat cat putih supaya kemas dan mudah.

Setelah hasil yang di rancang berjaya dan memuashati kami langkah seterusnya di laksanakan. Ajk terlibat semangkin ramai , Jumaat , Tumirri , mahhat , Amat Sanap ,Faraah , Yazid , Roslii Suratmin dan Parno ,turut membantu.

Kira-kira jam 12.00 tgh kami berhenti rehat makan dahulu di wakaf makan bersama 3 dulang. Para pelatih IPTHO turut sama makan di dalam dewan.Perancangan kami seterusnya adalah mengecat keseluruhan gelangang dengan cat hijau supaya kemas dan menarik.

Alhamdullilah terbentuk sudah sebuah gelangang badminton didewan pt senah.
kepada sahabat-sahabtku diatas yang bertungkus lumus menyiapkan dan menyumbang tenaga dan kewangan di ucapkan jutaan terima kasih salam hormat dan salam kasih mesera buat semua terutama pengurus badminton saudara Ijam Kadis....

Perancangan kita selepas solat terawih kita bermain badmintonnn.... jangan siangnya tak berpuasa sudah la.......