BUKA PINTU PERPUSTAKAAN

BUKA PINTU PERPUSTAKAAN
Pengarah Perpustakaan Desa Encik Jumaat bin Dakir mengarahkan petugas buka pintu pagar bukan suruh pecah pintu pagar

Saturday, September 18, 2010

BERHARI RAYA OLEH PEMAIN FUTSALL....

Hari ni anak buahku si Haffiss dan si Ammy Antarabangsa nak datang beraya ke rumaahku selepas maghrib. aku dah bincangkan makanan dan menu apa yang perlu di sediakan untuk mereka , aku cadang nak masak mee hailam sepecial... Hee aku pun tak tau lagi..

Petang ni baru aku nak pegi cari bahan maskan di ekon save bersama anak dan isteriku untuk persiPAN MEMASAK. Selepas ni aku pula nak bersiap untuk menghadiri maajlis gongereng bersama sahabatku di perpustakaan desa .

Aku dah janji dengan hamis tak da duit raya , lagi pun dah remaja..... dewasa.....selamat hari raya.

Friday, September 17, 2010

PAI APEEL DAN PAI UBI

Lepas solat maghrib aku dan anakku menghantai ibunya ke sekolah sk Sri Gading kerna ada pogram solat hajat. Lepas turunkan dia aku dan anakku berpakat nak turun bandar mengambil surat di pusat mel kalu2 ada.

sampai ja sana kenderaan pos dari Kl baru ja sampai... Ada surat mustahak yang di tunggu anakku... dia kata kalu boleh... suruh Pak Chik Posmen tu carikan surat dia boleh tak ? Aku jawab senang ja... apa kita ni dalam filem ke nak senag2 suruh orang buat apa yang kita nak.... ( Tapi dalam hatiku berkata juga ya tak ya jugak senang kalau dah jumpa surat tu tak berulang2 dan mesti jadi sejarah dalam dairi kehidupan kami kerana raya 2010 ambil surat cara mendimonasi keadaan )

Ah... aku biarkan perasaan hampaku sebentar... sedikit tertekan aku teragak-agak nak u tern depan ke cilok belakang... anak ku kata.. kalau siang hari percuma telinga kita dengar hoon kenderaan lain sebab kita undur ikut selera kita...

Lepas tu aku memnyusur jalan tepi taman megah terus menuju ke MD drive Thru.. dia kata nak makan berger sebab dah muak makan kuih raya....Aku tumpang ais kerim ja... Ordernya lebih dari kelayakan setiker MD. RM 21.70 jadi dapat percuma satu pai apeel... jadi dalam perjalanan aku pun mengecek nak rasa pai apeel tu... macam mana lah rasa sedap sanggat ke...

Aku kata kita pakir di BP Mall.. aku masuk nganm ja satu kenderaan kancil keluar depan Bp Mall aku pun meneruskan hajatku untuk merasi ke enakan pai apeel...Aku pegang pembalutnya dan belek2 makan masa 1 hingga 2 minit sambil menunggu kepanasan pai tu reda... Bungkusannya memang menarik dan pasti semua orang geram nak meratah isi di dalamnya...

Dengan lafas bismilah.. aku pun...mula makan pai apeel tu.... dalam hati aku bertkata sedap lagi tapai ubi dari pai apeel ni... aku gi tau anakku kau makanlah pai ni ayah macam tak tertelan ja...Heeee sebenarnya aku memang tak suka makan makanan begini maklumlah di besarkan dengan tewol , ubu getok , lemping ubi , sambal tumis , nasi lemak , keledek rebus akhirnya jam 9.30 malam aku balik ke rumah.. dan terus tidur...

Terlupa nak temankan sahabat ku Jumaat jaga SRS .... Soory... ya nang.....

KEINDAHAN PAGI DI DESA.....

Hari ni raya dah masuk hari ke 7. aku dah agak bosan dengan rutin harian ku , pagi2 aku buka tingkap dan pintu besar rumahku dan memandang ke hijauan dedaunnan getah dan sawit nan menghijau. Indah sungguh keindahan ciptaan tuhan dan betapa damainya desaku ketika ini. Kicauan burung murai dan tiong bertsahutan di celah mentari terbit. Aku memerhatikan halamanku yang menghijau dan deretan pokok getah ynag pernah memeberi memory padaku satu ketika dulu.

aku terpandang dalam berbalam abang Md Shis yang sedang tekum menoreh getah lalu ku tegur..
Aku: Wess... Noreh bang... ?

Abg: Haa..ah...

Aku: Wess.. bosan po bang jagogeq neng umah...

Abg: Haa...ahhh.... Lalu dia bertanya lagi... mau benggi lepas magrib mareng dii.. Reng ngumah ambieq Nassir lepas Isyak ora ono.....

Aku: Laaa.... mareng umah yo bang... aku reng sekolah ono majlis sembahyang hajat...

Abg: Yoooo....

Aku masuk semula dan meseq saudaraku Chg nasir memaklumkan kerkara ni dan aku menjemput dia kalau nak datang gi tau ....

Balasan beliau Insallah...

Pehhh lega sebelah pihak memahami keadaanku ... Bukan apa aku nak jaga perhubungan dengan semua saudaraku sekampung agar mereka tidak berkecil hati dengan aku... maklumlah rumahku berpagar dan sentiasa bertutup pagar... Bukan apa mengelakan ayam2 berkeliaran mengotorkan halaman sekeliling rumahku.. dan binatang peliharaan lainnya...

Kepada yang memahami situasiku terima kasih banyak-banyak.... Salam aksih sayang dari ku untuk semua warga desa parit Senah... tanpa tembok penghalang dan pemisah antara kita....wasalam......

Wednesday, September 15, 2010

selamat hari raya aidil fitri 1431H

Hari ni masuk raya ke enam aku masih tidak lagi beraya kemana-mana, tapi malam tadi sahabatku Jumaat ,Ita dsan keluarganya beraya kerumahku . Tapi tiada persiapan makanan yang aku seduiakan. berborak hingga jam 10.30 malam baru kami bersurai. Banyak topik yang di bincangkan... nanti aku ceritakan....

Sunday, August 29, 2010

MERIAHNYA LAMPU PELITA RAYA

Ramadan dah berlalu lebih dua minggu hari ni 30.8.2010 bersamaan 20 Ramdahan 1431H aku dah mengarahkan anak-anak buah kampungku memasang lampu pelita untuk menambahkan keceriaan malam-malam ramadhan. Aku bermodalkan minyak dan pelita RM 0.39 sen yang aku borong di BP Mall untuk mereka pasang dari awal.

Sepanjang malam memang ceria dan meriah apatah lagi lagu raya aku pasang di kereta kancilku sehingga bateri lemak.. Hee... anakku yang pasang pagi-pagi dia nak setat ke sekolah kereta tak hidup aku senyum ja... biar dia akan jadi kenangan bila dia dewasa kelak penangan pasang lagu raya....

Malam semalam sahabatku Jumaat dan isterinya hadir kerumahku komplen kenapa kawasan rumahku dan bahagian sempang ni lebih meriah....Apa tah lagi jiran baruku Puan Yusnita menerima tetamu dari Singgapura dan pasang lampu kelip-kelip.. Bertambah meriah suasana raya...

Kanak-kanak pula di ketuai oleh Mamat iaitu Mohd Azrul Aiman bin Rusli bermain bola dan berlari bermain mercun bersama rakan-rakannya si Parhan dan Haikal berlari riang di rumahku.. Ini semua untuk kenagan mereka bila diwasa kelak. aku doakan apabila mereka berjaya kelak akan terkenag kan kampung halaman dan zaman kanak-kanak mereka di halaman rumahku.

Selamat Hari Raya.... Aidil Fitri Maaf Zahir Batin dari ku untuk semua pembaca....

Sunday, August 22, 2010

BERBUKA PUASA BERSAMA KOMUNITI DESA

Hari sabtu yang lalu ajk perpustakaan desa ku mengadakan majlis berbuka puasa bersama masyarakat di dewan orang ramai PT senah. seramai 35 orang hadir.
Itulah nostalgia ramadan tahun ni.....termasuk lagu raya dan lagu 60an ni'''''

Saturday, August 21, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA DI PERPUSTAKAAN DESA

Hri ini 21.8.2010 ajk perpustakaan desa yang di ketuai oleh Puan Rugayah bte Hj sayuti merangkap Setiausaha menganjurkan majlis berbuka dan di sertakan sekali majlis penubuhan KRT dan srs yang di ketuai oleh En Jumaat bin Dakir.

Majlis akan di mulakan dengan taklimat rengkas dan penerangan oleh Pegawai Perpaduan Daerah Batu Pahat En ishak bin Ibrahim. Kemudian di ikuti pula majlis berbuka puasa , solat maghrib dan jamuan di edarkan . Selepas itu majlis bersurai dan berterawih di surau masing2.

Persiapan hari ini di buat oleh Puan Mutiaah bte Bardan ketua memasak di rumah beliau.. pasti sedap dan menyelerakan.
Kepada semua ajk perpustakaan dan srs seluruh kawasan di ucapkan jutaan terima kasih.

Selamat berbuka dan berhari raya.