BUKA PINTU PERPUSTAKAAN

BUKA PINTU PERPUSTAKAAN
Pengarah Perpustakaan Desa Encik Jumaat bin Dakir mengarahkan petugas buka pintu pagar bukan suruh pecah pintu pagar

Thursday, July 8, 2010

Penutupan Kedai Usahasama Penduduk Kg Parit Senah 1975 hingga 2010

Hari ini Khamis 8hb Julai 2010. bersamaan 26 Rejab 1431 H. Petang jam 5.00 aku ke pejabat pos Yong Peng ambil surat dari Putrajaya mengenai laisen Diras Enterprise yang di perbaharui.

Magrib aku berjemaah di surau kampungku bersama-sama rakan-rakan ku yang lain. Jamuan bubur kacang, dan selepas tu kami di jemput ke rumah Imam untuk membincangkan hal berkaitan kedai syarikah Pt Senah. Keputusannya di tutup. Dalam hati sedih juga kerna banyak kenangan aku belajar berniaga di sana sekitar tahun 1970an. Kenangan aku dengan arwah Norman Kadis pun ada disana. Paling aku tak lupa saudaraku kang Dol Sukor bagi aku hadiah saputangan Hari Raya itu tahun 1970an. malangnya dah hilang. Namun kenangan tu ada lagi.

Kenangan aku dengan Jali Kadis pun ada, masa tu puasa ramadan main mercun cili api campak di baju aku lalu terbakar sikit. Ah.... indah betul masa tu.....Namun semua jadi kenagan belaka.....40an tahun kedai tu memberikan kami kemudahan berbelanja. Seronok sanggat2 sesiapa yang terlibat saja akan ada nostalgia tu............

Apa pun masa berubah..... keadaan juga berubah........Terima kasih kedai syarikat Pt Senah yang memberikan aku kediwasaan.......

No comments:

Post a Comment