BUKA PINTU PERPUSTAKAAN

BUKA PINTU PERPUSTAKAAN
Pengarah Perpustakaan Desa Encik Jumaat bin Dakir mengarahkan petugas buka pintu pagar bukan suruh pecah pintu pagar

Friday, July 30, 2010

GOOO REEN NEHH - MAKSUD YANG MENDALAM - DAN PUNYA PENGERTIAN

Hari ini 30.7.2010 . aku mendapat masseq dari sahabat ku Al' fiaan memaklumkan yang jirannya Mongin bin Dasuki kembali kerahmatullah pada jam 2.00 pagi di Hospital Batu Pahat. Kami beberapa orang ajk dan angota srs berkumpul di simpang 4 pt . senah berbincang untuk persiapan hari siang tersebut. Jam 5.00 pagi kami ketuk kentong budaya lama yang kami tinggalkan seabad dahulu , tapi kami hidupkan semula.

Jam 7. 30 pagi aku dan jumaat mengeteh di pt yaani sebelum kerja seterusnya. Oleh kearana kami berbincang jadi pelbagai pendapat kami perolihi , jadi salah satu memudahkan kerja kami memanggil JCV untuk mempercepatkan pengurusan pengalian. ZOleh demikian kami menyewa JCV Yusoof Sri Bengkal rm 30.00 selesai dan sempurna jam 10.30 pagi.

Petang kami sambung di srs membuat dan menyiapkan pondok srs dengan kerja mengecat dan memasang bumbung tambahan bersama 15 orang ajk yang lain. Dalam pada itu 2 orang pelajar IPTHO hadir membincangkan pogram yang akan di buat olehnya bersama kami pada hari ahad berserta rm 100.00.

Jam 8.00 malam aku menghantar istriku ke sekolah sri gading ada majlis sekolah dan seterusnya ke simpang rengam majlis perkahwinan kawan sekolahnya tapi saya tangguhkan kerana dah kemalamam. Balik dari sekolah aku mengeteh di Yong Peng. Sampai rumah jam 10.30 malam sambung semula menyaksikan permainan futsal pemain dari sengkuang sehingga jam 1.03 pagi. Seramai 25 orang pemain datang.

Lepas ni aku nak pula ke pondok srs menemankan sahabatku Jumaat bertugas. ok bye.....

No comments:

Post a Comment