BUKA PINTU PERPUSTAKAAN

BUKA PINTU PERPUSTAKAAN
Pengarah Perpustakaan Desa Encik Jumaat bin Dakir mengarahkan petugas buka pintu pagar bukan suruh pecah pintu pagar

Sunday, August 29, 2010

MERIAHNYA LAMPU PELITA RAYA

Ramadan dah berlalu lebih dua minggu hari ni 30.8.2010 bersamaan 20 Ramdahan 1431H aku dah mengarahkan anak-anak buah kampungku memasang lampu pelita untuk menambahkan keceriaan malam-malam ramadhan. Aku bermodalkan minyak dan pelita RM 0.39 sen yang aku borong di BP Mall untuk mereka pasang dari awal.

Sepanjang malam memang ceria dan meriah apatah lagi lagu raya aku pasang di kereta kancilku sehingga bateri lemak.. Hee... anakku yang pasang pagi-pagi dia nak setat ke sekolah kereta tak hidup aku senyum ja... biar dia akan jadi kenangan bila dia dewasa kelak penangan pasang lagu raya....

Malam semalam sahabatku Jumaat dan isterinya hadir kerumahku komplen kenapa kawasan rumahku dan bahagian sempang ni lebih meriah....Apa tah lagi jiran baruku Puan Yusnita menerima tetamu dari Singgapura dan pasang lampu kelip-kelip.. Bertambah meriah suasana raya...

Kanak-kanak pula di ketuai oleh Mamat iaitu Mohd Azrul Aiman bin Rusli bermain bola dan berlari bermain mercun bersama rakan-rakannya si Parhan dan Haikal berlari riang di rumahku.. Ini semua untuk kenagan mereka bila diwasa kelak. aku doakan apabila mereka berjaya kelak akan terkenag kan kampung halaman dan zaman kanak-kanak mereka di halaman rumahku.

Selamat Hari Raya.... Aidil Fitri Maaf Zahir Batin dari ku untuk semua pembaca....

No comments:

Post a Comment