BUKA PINTU PERPUSTAKAAN

BUKA PINTU PERPUSTAKAAN
Pengarah Perpustakaan Desa Encik Jumaat bin Dakir mengarahkan petugas buka pintu pagar bukan suruh pecah pintu pagar

Saturday, July 31, 2010

KURSUS DALAM KUMPULAN INSTITUT PERGURUAN TUN HUSSIN ONN BATU PAHAT

Hari ini 1.8.2010 kami ajk perpustakaan desa menerima seramai 20 orang guru pelatih dari IPTHO MENJALANKAN POGRAM IPTHO iaitu mengemas dan memasyarakatkan pelatih dengan komuniti.

Justru itu akhbar sinar harian telah menerumah seorang pelajar Encik Muzamil dalam mengetuai pogram tersebut. Antara kativiti yang dijalnakn adalah mengemas keseluruhan perpustakaan dan mengemas luar dan dalam perpustakaan . Pihak IPTHO menyumbang tenaga dan menyumbang kewangan dalam menjamu kami makan nasi ambeng.

Bermula jam 9.00 pagi dan tamat jam 2,30 petang apapun kami merasa seronok dan berbangga kerana pusat perpustakaan desa sentiasa menjadi tumpuan orang ramai dalam pelbagai aktiviti komuniti.

Salam hormat dan salam kasih mesera dari kami waraga perpustakaan desa kepada muzamil ikmal dan kawan2 dari IPTHO.... Jumpa lagi.....

gotong royong srs

tangal 1.8.2010 aku bersama ajk srs dan iptho mola jam 9.00pagi. hee..wek...

Friday, July 30, 2010

GOOO REEN NEHH - MAKSUD YANG MENDALAM - DAN PUNYA PENGERTIAN

Hari ini 30.7.2010 . aku mendapat masseq dari sahabat ku Al' fiaan memaklumkan yang jirannya Mongin bin Dasuki kembali kerahmatullah pada jam 2.00 pagi di Hospital Batu Pahat. Kami beberapa orang ajk dan angota srs berkumpul di simpang 4 pt . senah berbincang untuk persiapan hari siang tersebut. Jam 5.00 pagi kami ketuk kentong budaya lama yang kami tinggalkan seabad dahulu , tapi kami hidupkan semula.

Jam 7. 30 pagi aku dan jumaat mengeteh di pt yaani sebelum kerja seterusnya. Oleh kearana kami berbincang jadi pelbagai pendapat kami perolihi , jadi salah satu memudahkan kerja kami memanggil JCV untuk mempercepatkan pengurusan pengalian. ZOleh demikian kami menyewa JCV Yusoof Sri Bengkal rm 30.00 selesai dan sempurna jam 10.30 pagi.

Petang kami sambung di srs membuat dan menyiapkan pondok srs dengan kerja mengecat dan memasang bumbung tambahan bersama 15 orang ajk yang lain. Dalam pada itu 2 orang pelajar IPTHO hadir membincangkan pogram yang akan di buat olehnya bersama kami pada hari ahad berserta rm 100.00.

Jam 8.00 malam aku menghantar istriku ke sekolah sri gading ada majlis sekolah dan seterusnya ke simpang rengam majlis perkahwinan kawan sekolahnya tapi saya tangguhkan kerana dah kemalamam. Balik dari sekolah aku mengeteh di Yong Peng. Sampai rumah jam 10.30 malam sambung semula menyaksikan permainan futsal pemain dari sengkuang sehingga jam 1.03 pagi. Seramai 25 orang pemain datang.

Lepas ni aku nak pula ke pondok srs menemankan sahabatku Jumaat bertugas. ok bye.....

Wednesday, July 28, 2010

BERTUKANG PONDOK SRS DARI TENGAH MALAM KE DINI HARI

Hari ni 29.7.2010. dari jam 1.30 pagi hingga jam 4.30 pagi aku Jumaat , yazid , Tumiri , Rosli Parno menyiapkan pankin srs untuk mempertingkatkan penampilan pondok tersebut agar lebih kemas dan ceria.

Memandangkan bulan ramadan akan menjelang tidak lama lagi hiasan pondok untuk bersantai selepas solat terawih perlu di cipta untuk berborak dan berjaga srs menjelang waktu sahur. banyak pekara yang di rancang Jumaat dengan idea hiasan bunggan gantung , Yazid dengan lampu lip-lapnya , pasti meriah ramadan al-mubarak tahun ni...

Sebagai kebiasaan , dini hari seperti ini kami berborak sambil bertukang , suasan yang kelam dan sejuk merehatkan tulang temulang kami dari kepanasan haba siang hari , bersemangat dan terus menerus mencurah-curah idea dari setiap kami curahkan untuk kebaikan bersama.

Ada yang mencadangkan khasny pengerusi srs saudara jumaat agar di bina sebuah meja santai seperti di air terjun untuk ahli srs berdiskusi sesama sendiri di tepian gigi parit simpang empat untuk berseronok berbual. Kedingina embun jantan telah menitik kami tak hiraukan itu semua , malahan kami terus rancak berbula memikirkan apakah prkara yang perlu di lakukan untuk memperbaiki dan memajukan kampung halaman kami yang di cintai pt. senah.

Mata masing-masing dah bundar , berdiri tak setabil, namun semangat mengatasi segala banyak idea di curahkan. Perbualan mengenang kisah silam , kisah yang mendiwaskan kami di kampung sendiri.Tiada perkara yang kita borakkan untuk memburukan orang lain tetapi sebaliknya kita cuba sedaya upaya untuk membantu meringankan masalah yang di hadapi mereka.

Kami tetap mempertahankan srs di kampung pt senah kerna inilah satu2nya yang menemukan kami dalam kesibukan mengurus diri dan keluarga. semoga srs akan terus wujud dan terus dihati kami...

wasalam dari ku... iba2010.

Tepung gandum dan persahabatn

Petang ni bangkit dari tidur petang jam 5.10 ptg aku mandi dan solat asar. Ambil angin petang , rutin ku menonton permainan futsal remaja di sebelah rumahku kira2 30 orang remaja bermain dan bersantai di tepian gelangang sambil menghabiskan waktu sengangnya.

Sambil tu aku berborak dengan selamet abang halim , sambil tu aku minta tolong belikan keladi untuk hari buka ku esok petang dari paknya ngadiran. Hee.. aku terjumpa tumiri minta tolong dia belikan tepong gandum untuk mengoreng keladi yang dah sediada. Tumiri ni sahabat aku lama masa kecil-kecil dulu dia tinggal depan rumahku masa tu, bila dia dah berkeluarga dia buat rumah di bukit jalan belakang.

Lepas tu anak buahku Hafiss dan shafee minta aku poskan surat permohonan dia untuk masuk kolej RISDA. Aku bantu mana yang terbaik mungkin supaya mereka ni di anugerahkan kejayaan hendaknya. Impianku adalah agar mereka menamatkan kursus dengan jayanya dan akhirnya berkerjaya dan boleh menampung diri dan keluarganya bila di berumahtangga kelak.

Apa yang menyebakan aku tertarik untuk membantu mereka adalah budi bahasa dan kesungguhan mereka untuk memajukan diri sendiri walaupun ha ho haho bermain futsal tetapi tetap mencari peluang untuk berjaya dalam hidup. Inilah yang aku maksudkan perjuangan hidup adalah di tentukan oleh diri sendiri beliau berdua adalah antara remaja yang berwawasan , tahniah. Insallah 2 tahun lagi kamu akan aku bantu menjadi manusia yang berjaya kelak.

Sebelah petang amak aku minta tolong hantar ke kelinik Moktar Yong peng tetapi malangnya dah petang kelinik tutup. Aku ke simpang markas srs bertemu rakan ajk ku yang ada di sana Jumaat , tumiri , jihan ,yazid, dan azlan budak baru pindah buat pasang pemanis pada bumbung. sambil berborak kami merangcang untuk mendaftarkan srs di jabatan perpaduan Batu Pahat.

Hari ni dah 16 saaban 1431 H aku balik awal untuk berbuka puasa sunatku. Lepas berbuka aku dan anakku berberbual kesah mereka sepanjang hari di sekolah. ada jelah cerita mereka yang [perlu kita ambil perhatian sama. Lepas magrib kami bergerak ke Yong Peng ambil ubat di klinik moktar dan kebetulan doktor juga tiada, lepas tu kami mengeteh di warung gerak depan bank Rakyat dan sambung berborak 3 beranak sambil menikmati suasana malam.

Balik hantar ubat pada makku, lepas tu aku menyambung menonton futsal kini pemain dari Pekan Pt Yaani memang seronok suasan kehidupanku di hiasai dengan keindaham manusia menefaatkan kemudahan dan peluang yanga aku sediakan.

Apa pun aku bersukur pada allah semoga rezeki ku dan anak buah di bawah naunganku melempah ruah dan akan ku salurkan kepad mereka semula semoga mereka bergembira selalu...

Amin jumpa lagi......

Tuesday, July 27, 2010

Jabatan Perhilitan daerah Keluang Johor.

Petang semalam 27hb jam 6.00 ptg pegawai dari jabatan Perhilitan memasang perangkap kera di kg ku Pt Senah atas aduan yang telah di laporkan terdahulu.

Ajk ku Jumaat Dakir dan Ramlan Karman membantu sama. lepas tu aku bawa saudara Nang minum petang di kedai mee rebus Rostam di Pt yop. Semua berjalan lancar .

Hari ni 28hb Julai 2010. aku kena menghadiri mesyuarat penuh Jun 2010 di Pejabat Majlis Perbandaran Batu Pahat mewakli ketua jabatanku. Apa yang bagusnya dan bagi ku mesyuarat seperti ni selain kerana tangungjawab dengan jabatanku adalah dapat mengenali dan bergaul dengan semua pembesar-pembesar dan pentadbir daerah di daerah Batu Pahat dari Pegawai daerahnya sehinggalah Ketua Polis daerah .. hee aku ni pun dapat lah layanan VIP juga jadi aku merasa apa sahaja yang ditawarkan kepada pembesar daerah kerana setatusku mewakili jabatan ku... sukur alhamdullilah kerana allah mendorongkan aku kearah itu..


namun segala pengalaman yang aku cedok aku aplikasikan dalam pentadbiran di JKKK kag ku dan kepimpinanku dalam Perpustakaan desa dan sebagainya... Oklah jam dah 10.15 pagi aku kena siap-siap nak ke tempat mesyuarat kena siap2 juga pakai songkok , tali leher nak match juga , baju koat aku nak pilih yang sesuai juga , buku mesyuarat dan fail kerani belum hantar lagi, oklah ya nanti ada masa aku rekod lagi.... Bye......

Monday, July 26, 2010

Malam Nisfu Saaban 1431H dan SRS Pt Senah 2010.

Hari 26hb aku di maklumkan oleh sahabatku Jumaat dakir untuk hadir ke surau kerana malam nisfu saaban jatuh pada hari Isnin bukan seperti yang dimaklumkan terdahulu iaitu malam selasa.
Alhamdullilah ramai pula yang hadir malam tu boleh dikatakan semua ajk ku hadir sama penuh surau Pt Senah. Jamuan malam tu tidaklah di sediakan oleh ajk seperti biasa. Sebaliknya di sediakan oleh setiap rumah jadi bebas dan pelbagai makanan ada. Aku dengan Jumaat makan keladi rebus di urap kelapa, makanan yang aku tinggalkan kira2 35 tahun dulu semasa aku kecil dan makan murih bila bulan puasa masa tu. Dengan besen2 sekali kami menghadap ramai2. Seronok pula berbual dan bercelotih kesah lampau, tak pandang pun kuih2 moden jenerasi sekarang adalah jamah mana yang patut, itu ja.

Keseronokan makan ramai2 di surau ni bukan apa , keletah kami makan pakai dulang besar di kepung ramai2, tarik menarik lauk, dengki mendengki dalam gurau sambil makan, ketawa berdekah sambil makan hilang protokol kami. Rakanku yang sama2 berada makan sama antaranya Tumiri, Rahim , Mahat , Hajit , Jihan , dan ramai lagi... Huh...best gila.....

Siap makan kami berkemas sambil bergurau lagi ada ja gurauan kami... Heee... sampai 2 biji gelas malam tu pecah sebab terlebih gurau... apa pun jika dah berlaku kami caverr lain salahkan kucing yang langgar gelasss..... eleh biasalah tu.... nanti kalau kurang gerabah kita orang juga yang akan keluarkan takyinan untuk beli yang baru.... tak da hal punyalah......

Balik dari surau kami menyambung tugasan SRS kebetulan giliran aku malam tu... sahabatku yang hadir dan tetap adalah Rosli Suratmin , Mahat Kassim , Yazid Rustam , tambah lah pula saudara nang yang suka menghiburkan kami dengan kelakar selamba dek nya... tak terasa berlarutan sampai jam 6.15pagi sampai orang rumahku calling persiapan untuk ke sekolah... Kami ketawa berdekah kerana dah kena saund untuk balik...

Apa pun aku bersukur keakraban dan ukwah kami dalam berjiran sangat mesera semoga berkekalan dan teru menjadi kenanggan........

Wasalam ikhlas dari ku.....................JUmpa lagi........

Friday, July 23, 2010

ngeteh deng hafiss

Hari ni agak bosan lepas menghantar anak ku di sekolah STA dia ada malam kimulail dan orangrumahku balik kampung muar.

Aku buka puasa bulan saaban sorang2 tapi banyak makanan ada nasi minyak, nasi bungkus dan mee kari patma.

Lepas buka aku terlelap. Aku call anakbuahku yang main futsal Hafiss mengetah dia cadangkan di kedai kandar pt yaani . Jam 10.00 malam balik sebab dia nak kerja malam. sampai rumah ada budak2 main futsal team dari pt yop.

Aku bosan lalu aku coretkan kesah ni dalam blogku untuk dairi kehidupanku...

Thursday, July 22, 2010

PERCUBAAN YANG MEMBUAHKAN HASIL

Aku mencuba sedaya upaya untuk memasng internit di meja kerja ku.Alhamdulilah berjaya. KINIaku tak perlu merayap untuk mengaksis internit. Ya allah terima kasih kerana memberikan aku kekuatan dan keyakinan mencuba. Terima kasih allah, ya rahman , ya rahim, ya razak. amin....

Wednesday, July 21, 2010

Pengarah PPAJ

Memajukan surat lapuran aktiviti Perpustakaan Desa kepada pengarah PPAJ.
Jika hendak lihat lapurannya sila layari blooger saya di sesawang jkkk pt.senah..

Ok terima kasih.....

gambar santai2

Monday, July 19, 2010

MERKOD GAMBAR AKTIVITI AHLI DAN AJK PERPUSTAKAAN DESA DAN JKKK

Hri ini semalman aku memerah otak dan memasukan lapurtan aktiviti yang telah dijalankan oleh ahli perpustakaan . Semoga usahaku ini akan di kenang oleh jenerasi yang akan melayari paparan ini kelak untuk 10 atau 20 tahun akan datang.

Apa pun aku bersukur kerana usahaku memajukan masyarakat keluar dari kepompong desa menampakan kemajuan. Lain kali aku sambung lagi .....

Sunday, July 18, 2010

REWANG DI RUMAH SAHABATKU JUMMAT DAKIR.

Hari ni aku bangun awal, niat aku nak pergi rewang kenduri di rumah sahabatku Jumaat . Beliau akan mengadakan kenduru mengirim arwah kedua ibubapanya Lek Dakir dan Lek Marsinah.

Dah lama sanngat lebih 20an tahun aku tak menjengah rumah pusaka tersebut. Banyak kenangan ku semasa kanak-kanak dan remaja aku habiskan di rumah tu. Dulu sahabat baikku adalah Sharif anak lek Dakir yang ke berapa aku tak ingat. Tapi pagi tu banyak nostalgia lama kembali menyelinap dalam hidupku.

Masa yang kau ingat sangat-sangat adalah ramainya anak lek Dakir ni ramai yang berbakat bermain muzik. Seinggat akulah setiap malam tertentu mereka akan bermainan muzik kugiran di anjung rumahnya. Lagu yang selalu dimainkan adalah lagu-lagu 60an.

Masa tu yang aku ingat main gitar adalah Saneff Masa tu macam M shariff gayanya. Shariff main seruling. Suib menyannyi. Kini tinggal kenangan belaka semua dan berkeluarga dan ada yang dah bercucu.

Nama-nama anak-anak Lek Dakir yang aku ingat adalah antaranya:-

Juri- dah meninggal dunia.
Turah nama suaminya Subuh.
Edah namasuaminya Mansur.
Niah suaminya Jaafar.
Suib istrinya Hadiah.
Shariff tak tau nama istrinya anaknya polis di Sabah.
Sabariah suaminya musa.
Jumaat dan salina duduk rumah pusaka ayahbondanya.
Siti suaminya Yunus.

Dulu aku memang rapat dengan mereka paling seronok masa mereka masih bujang dan anakdara tak kesah berbual dan bergurau bila waktu pagi petang dan malam. Masa tu mana ada kemudahan maltimidia seperti sekarang. Paling seronok bila nak puasa ramadan masing-masing ada pengalaman tersendiri. Hahhh...... indahnya masa tu .... Yaa robii..... kalau lah masa boleh di undurkan kebelakang 40 tahun pasti raya seakan...kan..

Oklah hari dan lanjut sangat... ehhh aku lupa nak cerita rewang tadi...

Di rumah jumaat aku tolong goreng ayammm.... sehingga siap...
Malam aku kenduru pergi lewat sikit sebab tunggu anak angkatku dari maktab IPTO si Ameer Wardi dan kawanya Hafiss semua dari Kedah..

Terima kasih Jumaat kerana sudi menjemput aku rewang dan kenduru di rumah kamu...... Sekian salam hormat dan salam kemapunan dari ku... Semoga bahagia di dunia dan di-akhirat...... Aminnnn.............

FUTSAL 2010

satu hari nan
Hri ni seharian aku melayan anak-anak remajakampungku berlawan futsal di Yong Peng. Hafis Ismadi @ Kicap adalah anakbuahku yang rapat sebagai perantara antara aku dengan mereka. Kemenangan bagi aku bukan ukuran tetapi cukup sekadar kesepakatan dalam pergaulan dan permaian memadai.
Walau mereka remaja yang tiada kaitan dengan darh dagingku tetapi aku amat menyayang mereka kerana merekalah penghiburku dan memeriahkan hidupku setiap petang bermain futsal digelangang yang aku bena di sebelah rumahku.
Andai kata selepas ini aku berjaya dalam kerjaya yang aku idamkan insallah aku akan naikan mereka sebagai pemain futsal yang di kagumi ti.

Aku harap mereka akan terkenal dalam mukim di jagaanku. Itu impianku.

Kepada anak rmajaku selamat bersukan:

HAFIS ISMADI
HAIKAL
ZUBIR
ZAHA
FARIS

@

SHAFEE

###

BOOBY

SELAMAT MAJU JAYA DALAM SUKAN FUTSAL..................

Friday, July 16, 2010

VANDDELEZEM REMAJA KECIL

Hari ni bila aku masuk kebalai beli aku dapati semua tingkap-tingkap pecah ,dan aku berhajat untuk mebuat repot polis. kerana kerosakan berlaku.
ah aku bosan nak menulis hari ni ... apa -apa pun aku nak rehat....

Thursday, July 15, 2010

CARTA ORGANASASI JKKK

Hari ni aku di lantik sebagai Pengerusi Biro Kebajikan dan biro Pelajaran dan komunikasi.
Aku merangka melantik ajk.
Biro Kebajikan dan Pendidikan.
Pengerusi. Ibrahim Ali.
N.Pengerusi.
Bendahari. Zainuddin bin Kamsan.
Setiausaha. Rugayah bte Sayuti.
Ajk:
  1. Yakob @ Roslan.
  2. Loy
  3. Miswan b Karto.
  4. Saemah Asar.
  5. Ahmad bin Kassim.
  6. Salina bt Yakop.

Lain kali aku sambung lagi......

Wednesday, July 14, 2010

UNIVERSITI TUN HUSSIN OON MALAYSIA 2010

Pagi ni jam 8.30 pagi aku diarahkan oleh pihak pengurusan untuk menyelesaikan hal PPPB Pt Raja dengan UTHM.

Jam 10.30 pagi aku buat temu janji dengan Pengarah Bahagian Pembangunan Dan Pengurusan Harta Profesor Madya Dr Tarmizi bin Abd Karim untuk membincangkan hal jabatan aku dan UTHM.
Banyak perkara yang aku bincangkan sehingga jam 11.45 pagi baru selesai . Banyak perkara yang di timbulkan dan mencari jalan penyelesaian kerana melibatkan pihak kementerian dan istana. Di sini tidak perlu aku ceritakan kerana ini adalah amanah jabatan dan rahsia kerajaan.

Apa yang jelas aku berpuas hati denganhasil kerjaku hari ini kerana menampakkan satu perubahan yang derastik hasil perbincangan bersama.

Petang adalah hari yang agak mendukacitakan aku dengan sahbatku lama yang tak sehaluan dalam beberapa perkara sebentar tadi. Tapi tak pa aku anggap sahabatku ketika itu ada tekanan perasaan yang perlu aku fahami/ semoga Tumar kau akan sehat sediakala dan pulih kan ingatan mu seperti dahulukala. Maaf aku terpaksa menulis di sini.


Apa2 pun kau sahabatku.......

Monday, July 12, 2010

SRS PARIT SENAH 12.7.2010

Malam tadi giliran aku bertugas srs. Emmm lewat datang jam 1.38 pagi baru sampai.Sampai ja ramai di sana antaranya Tumiri, salleh , Jumaat, maat, Rosli ,Md Siss . Kosnan ada tapi duduk jauh2 ja tak tegur kita orang pun.

Ada jamuan ayam hutan masak ungkep dan deset buah nenas.

Jam 5.00 ptg balik rumah.

Apa pun semua jalan baik jaa....

Panggilan Tersebuk.

Hari ni ntah apa agaknya telku tak habis berdering menerima panggilan dari pihak luar.
Awal pagi dar Pegawai Pertanian Muar mohon sewa bangunan komplek di Sg Balang.

Kemudian Pengarah Knaf dan tembakau Malaysia menelifon supaya mencarikan aku lokasi yang sesuai untuk dijadikan pejabat knag dan tembakau negeri Johor. aku cadangkan di Yong peng untuk menempatkan 5 pegawai.

Jam 3.00 ptg pengurus kilang nak jumpa aku untuk mencari sebuah bangunan bagi menjalankan projek pakeging sarung tangan getah untuk hantar ke luar negara.

Panggilan peribadi dah tentulah menerjah bertubi sepanjang pagi hinnga malam.
Apa pun aku bersukur kerana masih ramai yang percayakan aku untuk bantuan yang termapu aku bantu.

Ok ... aku ada hal lain....

Sunday, July 11, 2010

Jadual Aktiviti Padat mampat Ahad 11.07.2010

Jam 2.58 aku di srs bersama Jumaat dan Jihaan. SEbelum tu aku pergi menjengah dulu permainan futsal berjumpa anak buah yang aku sayani dan kasihi kerana bahasanya yang ku sanjung tinggi BOOBY pemain futsal Yong Peng.

Lepas tu aku ke tempat Saripan menjengah pemain kugiran, jumpaa Ikmal MPBP. Lepas tu pergi rumah amat sanap jengah dia menantu adikknya Latip.
Pgi Srs pt senah.

jam 3.00 pagi balik tidur. Terlewat banggun jam 8.00 pagi terus pergi mesyuarat perwakilan UMNO di Pt Raja. Disana aku berjumpa YB. Dato Azizi bin Kaprawi sahabatku dah jadi YB. Majlis lewat mula Dato Zahid Hamidi lewat sampai. Lepas menggundi G7, aku balik nak jemputan di rumah amat sanap jam 3.00 ptg ,di rumah Saripan .

Jam.3.30 pm.Jam 4.00 ptg di rumah siem warung.Jam 4.05 pm gi pulak ke muar. Sampai Jam 5.58 pm sampai terus tidur. Jam 6.09 ptg balik semula ke rumah . Sampai jam 7.18 ptg buka di dalam kereta ja. Lepas magrib jam 7.36 pm jemputan kenderui di rumah rahim juri kenduru kirim aruah sempena nak puasa. jam 9.00 ke perpustakaan desa , jam 10.35 malam baru sempat rehat dan menaip dairi harian ni di blog yang ku minati ini... Apa pun nak rehat dulu....

Friday, July 9, 2010

Tazkirah :

Malam ni maka berjalanlah pogram israt & miraj yang di anjurkan oleh ajk srs dan JKKK di balai Perpustakaan Desa. Jam 9.15 malam di mulakan dan tamat jam 9.55 malam.
Pengisian pogram adalah tazkirah oleh Imam Manas mengenai kesah pembangunan dan penghijirah Nabi Mohamad s.a.w..

Diantara inti pati yang ku ingat ialah memikir sesaat dan sejenak untuk kerah pembangunan masyarakat atau sebagainya pahlanya menyamaai 70 tahun beramal. Cukup dengan memikirkan bagaimana nak majukan umah.

Jamuan hari ni sayur ayam gulai, mee hoon, dan sayur kobis. Ramai yang hadir, antara yang aku ingat ialah:

Imam Manas.

Imam Abd Salam Musa.

  1. Ketua Kampung. Salleh Ali.
  2. Jumaat Dakir.
  3. Laziman batiman.
  4. Norazli rahman.
  5. Rosli Parno.
  6. Rosli Suratmin.
  7. Maat Kassim.
  8. Tumiri Kassim.
  9. Yazid Rostam.
  10. Jiaan Rostam.
  11. Azmi Abd Rahman.
  12. Rahim Juri.

Kemudian di sambung pula dengan kumpulan keseniaan seramai 20 orang.

Apa pun aku anggap majlis ni berjaya sebagai permulaan... perjalanan untuk kearah pembangunan.

Sekian wasalam....

Tazkirah :

Malam Israq Miraj

Malam ni ajk JKKK Kg Pt Senah semua sepakat nak adakan malam israq miraj di balai perpustakaan desa selepas isyak. Jumaat di tugaskan memasak ayam masak kari dan sayur mee kuning. Amat sanap pula masak nasi putih.
Jemputan yang di panggil adalah seluruh penduduk kampung Pt Senah hadir. Jemputan lain Imam Manas untuk memberi tazkirah rengkas. Berkaitan menjelangnya bulan ramadan.

Selepas solat magrib aku ke pekan Yong Peng untuk memberi peluang anakku Izyan Nadhirah Ibrahim membeli persiapan dia untuk ke Singapura esok pagi lawatan sekolah STA.

Sebelum tu jam 5.00 pteg kami adakan mesyuarat ajk kaum ibu, ramai juga yang hadir. Membincangkan hal persiapan ramadan dan lawatan ke KL. Antara yang hadir:

  1. Puan Umi Kalsom
  2. Puan Yusnita
  3. Puan mahani
  4. Puan Rahmah
  5. Puan Siti Rogayah.
  6. Puan Salinah.
  7. Puan as.
  8. Puan Muttiah.
  9. Puan Siti Surani.
  10. Puan Arbayah.
  11. Puan Saemah dan anak.
  12. En Jumaat.

Selepas majlis kenduru dan makan2 menyusul pula aktiviti kebudayaan bands 60an. Layan....

Oklah .... aku nak masuk majlis kenduri kejap lagi mula.........

Thursday, July 8, 2010

Umi Kalsoom Dan Telur Itik Pertalipusat

Hari ni 9.7.2010. suratkhabar sinar mengeluarkan berita telur itik bertali pusat . Gelemer habis ajk perpustakaanku keluar akhbar hari ni. Petang tu di minta aku teliponkan wartawan sinar En Khairul. Oleh kerana aku dan dia dah kenal sangat maka mudahlah aku berurusan dengannya untuk memanggil kalau ada berita sensasi.
Apa pun aku bersukur kerana kerja KU SEMPURNA DAN INSALLAH PUAN UMI KALSOOM MIAN PASTI GEMBIRA DENGAN PERTOLONGANKU YANG SEDIKIT NI.

Oklah..... ada kerja lain nak buat... lagi............

Penutupan Kedai Usahasama Penduduk Kg Parit Senah 1975 hingga 2010

Hari ini Khamis 8hb Julai 2010. bersamaan 26 Rejab 1431 H. Petang jam 5.00 aku ke pejabat pos Yong Peng ambil surat dari Putrajaya mengenai laisen Diras Enterprise yang di perbaharui.

Magrib aku berjemaah di surau kampungku bersama-sama rakan-rakan ku yang lain. Jamuan bubur kacang, dan selepas tu kami di jemput ke rumah Imam untuk membincangkan hal berkaitan kedai syarikah Pt Senah. Keputusannya di tutup. Dalam hati sedih juga kerna banyak kenangan aku belajar berniaga di sana sekitar tahun 1970an. Kenangan aku dengan arwah Norman Kadis pun ada disana. Paling aku tak lupa saudaraku kang Dol Sukor bagi aku hadiah saputangan Hari Raya itu tahun 1970an. malangnya dah hilang. Namun kenangan tu ada lagi.

Kenangan aku dengan Jali Kadis pun ada, masa tu puasa ramadan main mercun cili api campak di baju aku lalu terbakar sikit. Ah.... indah betul masa tu.....Namun semua jadi kenagan belaka.....40an tahun kedai tu memberikan kami kemudahan berbelanja. Seronok sanggat2 sesiapa yang terlibat saja akan ada nostalgia tu............

Apa pun masa berubah..... keadaan juga berubah........Terima kasih kedai syarikat Pt Senah yang memberikan aku kediwasaan.......

Wednesday, July 7, 2010

CARTORGANASASI JKKK PT SENAH 2010


Berikut adalah senarai nama JKKK Parit Senah,Parit Yaani , Yong Peng , Johor.
  • Penasihat i. Encik Md. Salleh bin Ali. ( Ketua Kampung )
  • Penasihat ii. Encik Abd Salam bin Musa. ( Imam Surau )
  1. JKKK: Encik Ibrahim bin Ali.
  2. Naib JKKK: Encik Chik Azmi bin Abd Rahman.
  3. Setiausaha JKKK: Encik Nasir bin Saridi.
  4. Bendahari JKKK: Encik Abd Rahim bin Juri .
  5. Fasilitatur JKKK: Encik Jumaat bin Dakir .
  6. Pengerusi Biro Gotong Royong: Encik Norzihan bin Rostam.
  7. Pengerusi Biro Sukan. Encik Tumiri bin Kassim.
  8. Pengerusi Biro Kaum Ibu: Puan Salina bte Yakop.
  9. Pengerusi Biro Agama: Encik Jumaat bin Dakir.
  10. Pengerusi Biro Kesenian: Encik Suib bin Dakir.
  11. Pengerusi Biro Katering: Encik Amat Sanap bin Jonit.
  12. Ahlijawatankuasa: Encik Laziman bin Batiman.
  13. Ajk: Encik Rosli bin Suratmin.
  14. Ajk; Encik Mahaat bin Kassim.

Aktiviti yang di jalankan sepanjang tahun 2010.

  1. Lawatan Ke Putrajaya dan Kuala Lumpur. Pada 15.6.2010. Ke kementerian KKLW. ( 44 orang )
  2. Lawatan dan makan bersama Vip di hotel Vip Segamat bersama Menteri Kebudayaan Dan Kesenian Malaysia Dato Rais Yatim. Pada 19.6.2010. Majlis Mesyauarat Agung Majlis Kebudayaan Negeri Johor. (38 orang ) .
  3. Poco-poco setiap hari selasa . Jam 5.00 ptg .Kaum ibu 15 orang.
  4. Gotong Royong bersepadu: Pada 3.7.2010.
  5. Kugiran 60an setiap malam ahad. Jam 9.00 malam di bilik gerakan JKKK.
  6. Kenduri Punggahan anjuran JKKK. Pada 6.7.2010. Di bilik gerakan JKKK.

Pogram lain akan di masikakan kemudian. Sekian terima kasih.

CARTAORGANASASI JKKK PT SENAH 2010

SISTEM RONDAAN SUKARELA JKKK PT SENAH 2010

SRS adalah nama rengkasannya. Aku mula terlibat apabila sahabatku encik Jumaat bin Dakir memaklumkan SRS di Pt Senah akan di adakan bermula pada bulan Apri 2010 yang lalu.
Aku bersetuju dengan saranan beliau kerna ia adalah salah satu tangungjawab ku yang utama dalam organasasi yang ku terajui iaitu JKKK .Dan JKKK itu sendiri memberi pengertian:

J = Jawatankuasa
K = Kemajuan
K = Keselamatan
K = Kampung

Aku haruslah menjadi pelopor dan contoh yang baik walau tidak yang terbaik dalam pengelibatan srs ni. Sampai tarikh ni aku rasa jadual ku boleh dikatan 95 % hadir. Kekurangannya tu aku ada hal Ika dan Laili kahwin jadi aku kena rewang di Muar.

Srs ni di wujudkan atas sokongan ramai. Pos utama adalah di simpang 4 Pt Senah dan Pt Wahab depan rumahku. Jumaat minta aku sediakan baners POS SRS PARIT SENAH untuk di pasang di pondok simpang katanya. RM 50.00 sahaja petang tu juga di pasang dengan Tumiri katanya.

Sampai sekarang dan masuk bulan ke 4. Kira berjaya . Untuk makluman anda . Aku satu kumpulan dengan sahabat-sahabatku yang kena di pos simpang 4. Mereka adalah Mahhat bin Kassim. Rosli bin Suratmin dan Yazid bin Rostam. Aku kena giliran Isnin malam Selasa.

Yang bagusnya srs ni pada aku , setiap hari dapat info baru mengenai hal-hal kampung jika kita berhubung atau berjumpa rakan2. Pengerusi baru Encik Jumaat bin Dakir ada banyak idea yang bernas untuk kebaikan bersama.

Sampai setakat hingga kehari ini tiada runggutan dari mana-mana pihak atau orang kampung mengenai srs. Kira mereka berjaya lah jua.

Aku dah mengantuk macam nak tidur kejap.........Maaf ya......

Gotong royong bersih kampung pt senah.

Pada hari Ahad 4hb Julai 2010. Jam 8.00 pagi. Kami bergotong royong membersih kiri dan kanan jalan.


Taklimat diadakan di surau Pt Senah oleh Setiausaha JKKK Encik Nasir bin Saridi. Langkah pertama adalah menebang pokok2 yang merbahaya dan melindungi pengguna jalanraya.

Dengan kapak lamanya Imam Encik Abd Salam bin Musa mula menebang pokok di sempadan kampung. Satu jam kemudian hasil kerja nampak kelihatan hasilnya dan luarbiasa kemas dan bersih.

Aku dan ajk2 yang lain menyambung hingga jam 12.30 tengahari menyambung kerja gotong royong di jalan bukit.
Jia'an dengan jentolaj back pussernya memudahkan kerja-kerja kami dan memberikan penghasilan yang luar biasa.

Agak tergendala kerja mengemas tunggul pokok tidak kemas dan sempurna bila mesen see sow Rosli Suratmin rosak tak boleh di setat. " kata jumaat macam perut sebu bila di setat bunyinya per...peerr..peerr.." kelakar juga pagi tu.....


Macam terhapus segala sangka buruk orang terhadapku bila JKKK kelolaanku berjaya menjalankan pogram ni.

Pada ku moto hidupku " muda ja
" ORANG BERHAK SUKA AKU DAN ORANG BERHAK NAK SUKA ATAU TIDAK PADA AKU "

Tapi aku ingin berpesan pada semua pembaca Jadilah sebutir GARAM tetapi jangan jadi seekor LANGAU kerana anda akan merosakkan pemikiran dan pandangan insan tersebut kepada orang lain.Tuhan laknat umat yang berbuat kejahatan dunia balas dunia....Ucapan ini adalah untuk diri aku sendiri supaya aku muasabah diri setiap masa.

Ok lah...... bosan pulak idea dan kontang......

JAWATANKUASA DAN AHLI-AHLI - JKKK & PERPUSTAKAAN DESA PT SENAH KE KKLW PUTRAJAYA

Pada 15hb Julai 2010 . Hari Selasa. Jam 5.00 pagi. Seramai 44 orang ahli-ahli pustakawan dan ajk JKKK dan Perpustakaan Desa ke Puterajaya.Menaiki bas Sikun Jaya.
Keseronokan rombongan bersama rakan-rakan amat terasa apabila bas mula bergerak.Dalam perjalanan aku mengambil kesempatan untuk berbual dengan lebih mesera, khasnya kepada ajk perpustakaan desa yang sering berkunjung di mana pagi tu dia membawa suami atau isteri masing2. Dalam perjalanan hati masing 2 sangat teruja pagi tu.
Jam 6.15 pagi kami berhenti untuk solat subuh di hentian jejantas Air Keroh Melaka.Selepas solat subuh ,masing-masing maencari air panas untuk membashkan tekak. Sebahagian kaum ibu aku belanja air kopi panas khasnya warga emas di KFC.
Jam 7.30 pagi bergerak ke Putrajaya sampai jam 8.15.pagi kami meronda-ronda dalam kawasan masjid dan di selera putra. Aku bersama sahabatku Jumaat minum teh tarik dan roti kosong sambil berborak urusan kampung dimasa akan datang dan hal2 kampung yang lalu.

Jam 10.00 pagi aku dan rombongan bergerak ke kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Di sana kami di sambut kelass taraf vip oleh pegawai KKLW di ketuai oleh Encik Lokman dan pegawai KKLW termasuk Pengarah RISDA KKLW.Kami di beri taklimat di tingkat 8 mengenai permohonan projek kecil kampung yang di pohon olehku untuk anak buah kampung Pt Senah dan Pt Yaani. Diantara permohonan yang telah berjaya dan akan di laksanakan pada akhir tahun 2010 antaranya seperti berikut:
  1. Pelebaran Lorong Zarith dari Masjid ke Pt Senah Pt Wahab.
  2. Menyelenggara balai raya Pt Senah.
  3. Membina rumah mesera rakyat encik Jumaat Dakir oleh RISDA.
  4. Membaharui permohonan GDW KKLW KEMAS @ RISDA.

Ini adalah pengalaman berharga untuk rombongan yang ikut sama . Hanya mereka yang ingin maju sangup berkorban wang ringgit dan masa menimba ilmu dalam lawatan santai. Tahniah.

Selepas itu kami di jamu jamuan VIP . Oh... sangat istemewa mereka terharu di atas layanan KKLW.

Disamping itu pegawai Box Internet cik Suzana membuat temubual ajk perpustakaan untuk di masukkan dalam laman sawang baru kami.

Selepas zuhur kami bergerak ke Kuala Lumpur, singgah di Muzium Negara. Cadangan nak ke TAR Jalan Masjid India. Tetapi pemandu bas Sikun Jaya bernama Deen langsung tidak memberi kerjasama dengan pelbagai alasan tidak mahu ke situ. Allah saja yang balas keangkuhan kamu itu kerana 44 orang kamu hampakan.Dunia balas dunia. Dia arahkan kami ke Nilai 3 sahaja. Selepas solat magrib kami balik ke kampung. Sampai jam 10.00 malam.

Jam 10.30 malam aku ke Muar ambil anak dan isteriku. Jam 1.30 pagi sampai rumah. Terus tidur...

Apa pun sukur aku pada Allah kerana berjaya mengendalikan pogram lawatan.

Jumpa lagi........

BIL API JKKKK.

Hari ni 6.7.2010. aku lunaskan bil-bil api dan air untuk pejabat JKKK dan bilik kaum ibu sebanyak RM 900.00 di TNB yONG pENG.

Bil lain belum lunas lagi.... apa pun itu tangungjawabku..

ok. dah malam nak gi SRS......